My Add

Sunday 1 April 2012

18 kes cerai punca hubungan songsang

Oleh FARHANA JONI

KUALA LUMPUR, SABTU, 31 Mac, 2012: Sebanyak 18 kes perceraian berpunca daripada hubungan songsang telah dilaporkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sepanjang tahun lalu.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, jumlah itu menunjukkan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini berada dalam keadaan yang semakin parah dan membimbangkan.

"Masyarakat khususnya ibu bapa tidak boleh bersikap ambil mudah dengan melihat isu LGBT ini sebagai bukan masalah mereka kerana tidak mustahil anak-anak mereka turut terlibat dalam gejala negatif itu secara sembunyi.

"Golongan biseksual misalnya, ia sangat sukar untuk kita memastikan sama ada individu tersebut terlibat atau tidak dalam hubungan songsang kerana secara fizikalnya mereka kelihatan normal," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Anti Seks Bebas dan LGBT' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Miharja dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment