My Add

Tuesday 10 April 2012

Akta Perdagangan Elektronik 2006 dalam proses pindaan

PUTRAJAYA, SELASA, 10 April, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kini dalam proses meminda Akta Perdagangan Elektronik 2006 bagi memasukkan elemen penguatkuasaan. 

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan pindaan itu pengguna akan dapat menjalankan transaksi elektronik dalam persekitaran yang lebih terjamin.

"Kertas cadangan sudahpun dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk semakan dan dijangka sebelum akhir tahun ia dapat disiapkan seterusnya dikuatkuasakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri melancarkan 'Snap2get' iaitu satu aplikasi yang membolehkan pengguna membeli-belah secara maya. 

Beliau berkata, pindaan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pengguna serta menggalakkan mereka untuk melakukan transaksi atas talian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment