My Add

Tuesday 10 April 2012

Bicara saman Anwar terhadap Utusan 18 Julai

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 18 Julai dan 12 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan seorang lagi berhubung komen beliau melalui BBC. 

Hakim Datuk V T Singgam menetapkan tarikh tersebut dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Utusan dan ketua pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak serta peguam Latheefa Koya bagi pihak Anwar.

Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman tersebut terhadap Utusan dan Abdul Aziz kerana mendakwa kedua-dua defendan mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.

Plaintif menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah. 

Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif. 
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment