*FAIZADA Aldar mendukung anaknya di Lombok, Indonesia. |
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
JOHOR BAHRU, KHAMIS, 26 April, 2012: Seorang ibu yang berputus asa untuk mencari anak gadisnya yang hilang sejak empat tahun lalu dan menganggapnya telah meninggal dunia, terkejut apabila mendapat tahu anaknya itu masih hidup dan telah berkahwin di Indonesia.
Mariam Sariah (gambar), 48, yang tinggal di Bandar Seri Alam, dekat sini berkata, anaknya, Faizada Aldar, 23, sebelum ini bekerja di sebuah kedai runcit di Rawang, Selangor sebelum disedari hilang pada 2008.
Dia sebelum ini cuba menghubungi anaknya tetapi tiada jawapan selain turut mencari di tempat kerjanya tetapi gagal.
"Selepas gagal mencarinya, saya berputus asa dan menganggapnya telah meninggal dunia sebelum seorang warga Indonesia yang saya kenali memaklumkan dia pernah berjumpa dengan Faizada di Tanjung Pinang, Indonesia pada 25 Disember 2009," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment