My Add

Friday 27 April 2012

Imigresen tubuh pasukan antirusuhan


ALOR GAJAH, KHAMIS, 26 April, 2012: Jabatan Imigresen menubuhkan pasukan elit antirusuhan yang diberi nama Pasukan Kawalan Khas (PKK) sebagai langkah segera mengawal rusuhan melibatkan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di semua 13 depot tahanan di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Sakib Khusmi berkata, ia juga bagi mengelak rusuhan yang berlaku merebak ke tempat lain sebelum bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba.

Menurutnya, PKK dianggotai pegawai, kakitangan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) tanpa melibatkan pertambahan kakitangan baru. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment