My Add

Friday 27 April 2012

Apa muslihat penganjur? - Mohd. Jurit

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 April, 2012: Tindakan penganjur perhimpunan Bersih 3.0 yang tetap berkeras ingin menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi berhimpun dipersoalkan memandangkan pihak berkuasa menawarkan lokasi lain termasuk Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM) Mohd. Jurit Ramli berkata, keadaan stadium tersebut yang mempunyai infrastruktur lengkap termasuk tandas, tempat letak kereta dan ruang berhimpun perlu digunakan sewajarnya penganjur terbabit.

"Apa muslihat penganjur sehingga mereka bertindak menolak lokasi alternatif yang memudahkan orang ramai ini? Kenapa perlu menyusahkan lagi kehidupan warga kota yang pernah diuji dengan dua perhimpunan seumpama itu sebelum ini?.

"Setiap tindakan yang kita lakukan perlu berorientasikan rakyat. Rakyat menolak perhimpunan yang menyusahkan kehidupan harian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment