My Add

Friday 27 April 2012

Azmin dicabar jalani DNA

Oleh LEE HOOI BOON

PULAU PINANG, KHAMIS, 26 April, 2012: Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mencabar abangnya, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menyerahkan darahnya dan anaknya, Farah Afifah kepada polis untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membersihkan nama mereka.

Menurutnya, tindakan itu penting bagi menjawab dakwaan bahawa isterinya, Shamsidar Taharin menjalin hubungan sulit dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau Azmin benar-benar lelaki sejati, dia patut menyerahkan darahnya untuk membersihkan semua fitnah jahat yang didakwa oleh orang ramai dengan mengatakan Farah Afifah bukan anaknya.

"Sebagai seorang bapa bertanggungjawab dan lelaki Islam sejati, Azmin kena bersihkan tuduhan itu kerana ia sangat berat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam tadi. 

No comments:

Post a Comment