My Add

Friday 27 April 2012

Masalah tanah Orang Asli selesai jika BN berkuasa

MOHD. Shafie Apdal (tengah) bersama (dari kiri) Wan Mohamad Zuki Mohamad, Rahim Tamby Chik, Ramzi Ab. Rahman dan Ibrahim Muhamad selepas majlis MoU program tanam semula antara RISDA dan Kesedar di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 April, 2012: Masalah pewartaan tanah masyarakat Orang Asli di Kelantan dijamin akan dapat diselesaikan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah negeri itu pada pilihan raya umum nanti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana pewartaan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sekali gus menghalang kerajaan Pusat untuk campur tangan.

Kata beliau, masalah seumpama itu telah dapat diselesaikan di beberapa negeri di bawah naungan Kerajaan Pusat seperti di Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment