My Add

Sunday 8 April 2012

BTN turun padang ke seluruh negara

KUALA TERENGGANU, AHAD, 08 April, 2012: Biro Tata Negara (BTN) kini menggerakkan program turun padang ke segenap pelosok negara secara meluas dan berterusan bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai segala dasar kerajaan dalam usaha mencapai status negara maju.

Ketua Pengarahnya, Datuk Raja Arif Raja Ali berkata, bagi tujuan itu, kira-kira 200 pegawai BTN yang terlatih, selain dibantu wakil-wakil agensi awam, swasta dan badan-badan tertentu menggunakan pelbagai saluran.

Beliau memberitahu, langkah itu dibuat agar segenap lapisan masyarakat sehingga peringkat akar umbi benar-benar memahami setiap gagasan yang sedang diterjemahkan oleh kerajaan dalam bentuk pelaksanaan.

"Antara gagasan itu adalah seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) selain Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang mungkin masih belum difahami secara jelas oleh kebanyakan anggota masyarakat," katanya selepas majlis perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-35 Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri dekat sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment