My Add

Sunday, 8 April 2012

Sembilan pendatang haram ditahan

KUDAT, AHAD, 08 April, 2012: Sembilan warga asing dicekup dan dua pam bot berjaya dirampas oleh Pasukan Polis Marin dalam satu operasi di Pulau Tambun, dekat sini baru-baru ini.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat Wilayah 4, Asisten Supritendan Cyril Douglas berkata, berdasarkan maklumat awam dan risikan Unit Risikan Marin, sepasukan anggota memeriksa dua buah rumah dipercayai didiami warga asing yang dipercayai dari Filipina.

Katanya, menerusi OPS Pansura yang diketuai Sarjan Azizan Abdul Rahman telah menyerbu rumah tersebut dan hasil pemeriksaan menemui sembilan warga Filipina terdiri dua lelaki, tiga wanita dan empat kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dipercayai memasuki negara ini secara haram.

"Pada 5 April lalu, kira-kira pada pukul 8.15 malam, sepasukan anggota telah melakukan pemeriksaan di lokasi tersebut dan menahan sembilan warga asing yang dipercayai berasal dari Filipina.

"Selain itu, pihak polis turut menahan dua buah bot yang digunakan untuk memasuki negeri ini. Kesemua suspek dan barang kes diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment