My Add

Friday 27 April 2012

Penjawat awam beri sumbangan besar

PULAU PINANG, KHAMIS, 26 April, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjawat awam merupakan nadi kepada pembangunan negara kerana peranan yang dimainkan kumpulan itu bagi memastikan kejayaan program transformasi nasional yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sumbangan penjawat awam dalam konteks di Pulau Pinang amat besar, sehingga negeri ini muncul sebagai antara yang termaju.

Beliau berkata, kejayaan yang dicapai negeri ini dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pembuatan dan pelancongan bukan baru berlaku tetapi ia mengambil masa yang lama untuk dicapai.

“Sama ada kita sedar atau tidak, ia bertitik -tolak daripada sumbangan penjawat awam yang terlibat merangka dasar-dasar pembangunan yang perlu dilaksanakan untuk kemajuan negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam dihadiri lebih 5,000 orang di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pegawai Kemajuan negeri, Datuk Nik Ali Md. Yunus. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment