My Add

Wednesday 18 April 2012

DAP angkuh dakwa dapat sokongan masyarakat

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Kepimpinan DAP dilihat semakin angkuh apabila mendakwa mendapat sokongan masyarakat di seluruh negara sejak mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum lalu.

Setiausaha MCA Perak, Datuk Tan Chin Meng berkata, DAP seolah-olah yakin bahawa mereka akan memenangi semua kawasan yang bakal ditandingi termasuk kawasan yang tidak pernah dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"DAP cuba memperdaya sokongan masyarakat untuk memenangi pilihan raya umum namun selepas memperoleh kepercayaan itu, mereka akan memulakan permainan politik yang menyusahkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam menerusi sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menunjukkan keangkuhan parti itu apabila mendakwa memperoleh sokongan masyarakat tanpa mengira bangsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment