My Add

Wednesday 18 April 2012

Jangan 'cah keting' di 60 kawasan

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Semua ahli UMNO di 60 kawasan yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) tewas atau menang tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu diingatkan tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' kepada calon yang dipilih.

Ahli Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, kawasan itu termasuk di negeri yang jatuh ke tangan pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Kita tidak mahu 'cah keting' berlaku di kawasan terbabit kerana setiap undi adalah kritikal bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sebagai langkah awal, Lembaga Disiplin UMNO turun padang ke kawasan berkenaan dan menasihatkan ahlinya supaya jangan sabotaj calon sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment