My Add

Sunday 1 April 2012

Dr. Wan Azizah perlu jawab

KUALA LUMPUR, SABTU, 31 Mac, 2012: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail perlu menjawab tuduhan yang dikemukakan oleh beberapa pihak mengenai salah laku moral suaminya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, tuduhan itu termasuk hubungan sulit Anwar dengan isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

Selain itu, Dr. Wan Azizah juga kata Farahhana, perlu mengangkat sumpah bagi menafikan perbuatan suaminya seperti yang didakwa Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini.

"Kita mohon supaya Dr. Wan Azizah tampil memberikan jawapan sama ada menafikan atau sebaliknya terhadap tuduhan-tuduhan yang sering dilemparkan terhadap suaminya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment