My Add

Sunday 1 April 2012

Kegagalan Pas perintah Kelantan kian ketara

PASIR MAS, SABTU, 31 Mac, 2012: Kerajaan Pas Kelantan semakin bersikap apologetik dalam setiap kenyataan mereka berhubung pelbagai masalah rakyat, terutamanya berkaitan isu air dan tanah rizab Melayu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia adalah gambaran bahawa angin perubahan telah berlaku dan rakyat mula sedar terhadap kegagalan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memerintah Kelantan selama ini.

Jelasnya, kegagalan itu semakin ketara jika perbandingan dibuat dengan mengambil kira tempoh pemerintahan Malaysia oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 21 tahun dan Nik Abdul Aziz sendiri.

"Dr. Mahathir berjaya mengubah Malaysia daripada negara pertanian kepada yang berasaskan industri termasuklah pembinaan Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, transit aliran ringan (LRT), lebuh raya bertaraf dunia dan pelbagai lagi, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment