My Add

Thursday 19 April 2012

Facebook antara punca kes rogol

KUANTAN, RABU, 18 April, 2012: Pengaruh laman sosial termasuk Facebook dikenal pasti antara medium yang menyumbang kepada masalah sosial dan pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah terutama membabitkan kes rogol.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun jenayah rogol membabitkan pelajar di negara ini menunjukkan penurunan iaitu 133 kes pada tahun lalu, berbanding 222 kes sebelumnya namun jenayah terbabit masih tetap membimbangkan.

“Apabila kebebasan tanpa kawalan diberikan kepada anak, akses kepada laman sosial tanpa dipantau penjaga atau ibu bapa sememangnya boleh menjurus kepada masalah gejala sosial.

“Masalah ini belum nampak cara penyelesaian yang holistik, justeru perbincangan lanjut perlu dilakukan antara semua pihak termasuk ibu bapa bagi mengawal dan memantau aktiviti sosial anak-anak mereka,” katanya selepas Majlis Dialog MCPF bersama Guru Kelab Pencegahan Jenayah dan ketua jabatan kerajaan, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani.

Lee yang juga Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Berhad berkata, statistik pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah bagaimanapun menunjukkan penurunan iaitu 1,512 kes sepanjang tahun lalu atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan indeks jenayah berbanding 1,862 kes pada 2010. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment