My Add

Thursday 19 April 2012

Kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa akui kesilapan sendiri

Mohd Salleh Man (kiri) dan Abdul Malik Abul Kassim.

  Cetus kemelut pelantikan 
  YDP Majlis Agama Islam

GEORGE TOWN, RABU, 18 April, 2012: Setelah didesak pelbagai pihak, akhirnya Kerajaan DAP Pulau Pinang, terpaksa mengakui  Kerajaan DAP Pulau Pinang, terpaksa mengakui  sehingga mencetuskan kemelut dalam pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru. 

Kesilapan berlaku selepas kerajaan negeri mencadangkan EXCO Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim, walaupun berjanji untuk memberikan jawatan itu kepada Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang menerima cadangan daripada kerajaan negeri pada 22 Disember lalu, memperkenankan pelantikan Abdul Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PKR.

Pelantikan Abdul Malik sebagai YDP MAIPP dan Salleh sebagai Timbalan YDP MAIPP, dimaklumkan kepada kerajaan negeri pada Februari lalu. 

Bagaimanapun, kerajaan negeri ‘merahsiakan’ perkara itu kerana bimbang dengan bantahan daripada ahli PAS kerana parti itu mengharapkan Salleh dilantik sebagai YDP MAIPP. 

Akibat desakan pelbagai pihak termasuk PAS, Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pusingan U dengan mengemukakan surat kepada Istana Negara pada 20 Januari lalu untuk memperakukan Salleh sebagai YDP MAIPP. 

Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, mengakui kerajaan negeri melakukan kesilapan apabila mencadangkan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP, bukannya Salleh. 

“Itu (mencadangkan nama Abdul Malik) kesilapan kita,” katanya bagi menjelaskan kemelut pelantikan jawatan YDP MAIPP sejak watikah pelantikan Ellias Zakaria tamat pada 31 Disember lalu. 

Kemelut pelantikan YDP MAIPP bermula sejak perkhidmatan Shabudin Yahaya tamat pada 31 Disember 2010 apabila pakatan pembangkang gagal menunaikan janji memberikan jawatan itu kepada Salleh. 

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pasir pada 2009, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kerajaan negeri berjanji akan memberikan jawatan YDP MAIPP kepada Salleh jika beliau menang. 

Bagaimanapun, setelah Salleh menang PRK itu, penyokong Pas gigit jari kerana Ellias yang juga bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dilantik sebagai YDP. 

Apabila tempoh pelantikan Ellias tamat pada 31 Disember lalu, Pas mengharapkan Salleh dilantik sebagai YDP tetapi kerajaan negeri bertindak sebaliknya dengan mencadangkan nama Abdul Malik, bukannya Salleh sebagai YDP MAIPP.

“Sehingga keputusan rayuan itu diperoleh, Salleh akan mempengerusikan mesyuarat MAIPP termasuk mesyuarat pertama esok (hari ini),” katanya. 

Ditanya kenapa Abdul Malik tidak mempengerusikan mesyuarat MAIPP kerana beliau adalah YDP MAIPP yang sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Mansor berkata: 

“Sebab kita (kerajaan negeri) tidak mahu dia (Abdul Malik). 

“Beliau (Salleh) mempengerusikan mesyuarat MAIPP atas kapasiti sebagai Timbalan YDP sementara menunggu rayuan kita untuk menjadikan beliau sebagai YDP,” katanya. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment