My Add

Monday 9 April 2012

Jawantankuasa Madrasah Salihiah mohon SPRM maklum siasatan

ALOR SETAR, ISNIN, 09 April, 2012: Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memaklumkan perkembangan terkini siasatan penyelewengan dalam jual beli tanah wakaf tapak madrasah berkenaan. 

Pengerusinya, Mansor Ahmad, berkata sepucuk surat sudah dihantar kepada Pengarah SPRM Kedah, Mohamad Yusoff Akope, hari ini.

"Salinan surat ini kita akan hantar kepada Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) dan Ketua Pengarah SPRM.

"Sebelum ini kami ada hubungi pihak SPRM untuk mengetahui tentang perkembangan siasatan ini tapi tidak boleh (dapat maklumat), kerana perlu ada surat yang macam ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. 

Mansor berkata, pihaknya difahamkan bahawa siasatan kes berkenaan masih berjalan dan ia dilakukan secara telus serta tiada tekanan daripada mana-mana pihak. 

Mansor berkata, laporan rasmi mengenai kes itu kepada SPRM dibuat pada 4 Januari lalu. 

Sementara itu, Mohamad Yusoff ketika dihubungi pemberita, berkata siasatan di peringkat SPRM negeri sudah siap dan laporan akan dihantar ke ibu pejabat. 

"Tunggu apa kata mereka (ibu pejabat) pula. Kita akan jawab surat madrasah (yang diterima hari ini) selepas mendapat keputusan daripada ibu pejabat tentang kes ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment