My Add

Friday, 27 April 2012

Felda lantik tujuh bank

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR dan MAZLINDA MURTADZA

KUALA PILAH, KHAMIS, 26 April, 2012: Felda bakal melantik tujuh bank komersial dalam usaha memudahkan peneroka Felda mendapatkan kemudahan pembiayaan membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selepas proses penyenaraian di Bursa Malaysia dilakukan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, langkah itu wajar dilakukan berikutan jumlah peneroka yang mahu membeli saham-saham FGVH terlalu ramai yang meliputi 200,000 orang termasuk peneroka Felda generasi pertama.

"Proses perbincangan telah selesai dan setakat ini kita mendapati tujuh buah bank mampu menyertai program ini bagi menawarkan kemudahan pembiayaan kepada peneroka.

"Sekiranya kita suruh peneroka buat pembelian sendiri, ia akan mengambil masa kerana kita sudah kesuntukan masa, sebab itu kita lantik bank-bank ini untuk pergi ke kawasan Felda dan bantu mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment