ALOR SETAR, KHAMIS, 26 April, 2012: Bapa kepada bayi perempuan yang menghidap sejenis penyakit sehingga kepalanya membesar terharu apabila menerima kunjungan Skuad Sayang di rumahnya di Flat Seri Gemilang di sini hari ini.
Lawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakhbah bersama anggota Skuad Sayang itu bagi menghulurkan bantuan kepada Zainuddin Tajudin, 36, dalam usaha mengubati penyakit anaknya, Nurul Huda Jannati yang berusia setahun.
Zainuddin berkata, anaknya menderita penyakit itu sejak kecil dan lawatan Sharifah Maznah amat bermakna untuk mereka sekeluarga.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Skuad Sayang yang tampil membantu anak saya.
"Saya gembira kerana nasib anak saya yang sebelum ini terlantar tidak berdaya mula mendapat perhatian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Seri Gemilang di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment