My Add

Friday 27 April 2012

Graduan MKM pemangkin kejayaan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 April, 2012: Siswazah yang dilahirkan oleh Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dilihat mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan dan kejayaan koperasi negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika MKM berupaya membekalkan siswazah dalam jumlah yang besar untuk bertugas sebagai tenaga kerja koperasi, senario gerakan itu di negara ini pasti akan berubah.

Beliau berkata, lepasan MKM mampu membuat perubahan dengan menjadikan koperasi sederhana kepada besar, kecil kepada sederhana dan mikro kepada kecil.

“Menerusi perubahan itu, bilangan koperasi kluster yang besar dan berpendapatan lebih RM5 juta dapat ditambah, sekali gus menjana ekonomi negara," katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen MKM Ke-16 di Petaling Jaya, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment