My Add

Friday 27 April 2012

Jangan bersekongkol dengan pejuang kezaliman

KUALA LUMPUR,  26 April - Umat Islam ditegah bersekongkol dengan mana-mana pihak yang terbukti melakukan kezaliman dan maksiat seperti pengamal, pejuang termasuk penyokong aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Malah, seorang tokoh ulama muda meletakkan hukuman yang cukup keras dengan menyatakan adalah haram bagi umat Islam daripada terlibat di dalam sebarang majlis atau program diketuai seorang pejuang LGBT kerana seks songsang merupakan perbuatan jijik lagi hina di sisi Islam.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, wajib setiap umat Islam mengelakkan diri daripada terjebak dengan perhimpunan Bersih 3.0 kerana pengerusinya Datuk S. Ambiga seorang penyokong tegar LGBT, selain menyokong aktiviti memurtadkan umat Islam. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment