My Add

Monday 9 April 2012

Pemandu bas persiaran didakwa cuai sehingga sebabkan kematian

BENTONG, ISNIN, 9 April, 2012: Seorang pemandu bas persiaran hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan dua pelancong warga India maut dalam nahas jalan raya di Genting Highlands Mac lalu. 

R Sugumaran, 26, didakwa memandu dengan cuai sehingga menyebabkan bas terbabit hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands pada 5 Mac lalu.

Kemalangan itu menyebabkan dua daripada 22 pelancong dalam bas itu maut iaitu Rajindra Kumar Agarwal, 67, dan Anita Aggarwal, 59.

Sugumaran didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun sehingga 10 tahun dan denda minimum dari RM5,000 hingga RM20,000, jika sabit kesalahan. 

Majistret Nurliana Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mei depan untuk sebutan semula kes. 

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Ismantie Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment