My Add

Sunday, 1 April 2012

Pembangkang hanya mahu kuasa - Mustapa

BESUT, SABTU, 31 Mac, 2012: Parti pembangkang khususnya Pas sanggup berbuat apa sahaja demi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) meskipun terpaksa bersekongkol dengan parti bukan Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kenyataan itu membuktikan bahawa parti tersebut sebenarnya hanya mahukan kuasa untuk memerintah dan bukannya mahu memperjuangkan agama Islam seperti yang sering dilaung-laungkan selama ini.

Beliau berkata, perjuangan parti itu juga dilihat semakin menyeleweng dan meninggalkan prinsip perjuangan asal untuk menegakkan negara Islam apabila dilihat semakin berlembut dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sebelum ini UMNO yang menjalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC dikafirkan tetapi lain pula apabila Pas bekerjasama dengan DAP dan PKR yang jelas tidak menerima perjuangan Islam Pas," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment