KUALA LUMPUR 18 April - Pemansuhan kuasa mutlak menteri dalam melulus atau menolak permohonan lesen mesin cetak dilihat sebagai satu perkembangan positif dalam menjadikan industri percetakan dan penerbitan negara lebih bersifat terbuka.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata, pemansuhan kuasa mutlak menteri itu adalah satu penambahbaikan dalam industri percetakan dan penerbitan negara, justeru seharusnya ia mendapat pujian.
"Apabila menteri berkaitan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kelulusan mana-mana lesen mesin cetak, maka ini adalah suatu perkembangan positif kerana kuasa tidak dipegang oleh satu individu sahaja.
"Selain itu, langkah ini juga akan membuatkan menteri terbabit lebih berhati-hati semasa menggunakan kuasa yang dimilikinya," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment