KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012: Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggap isu mempersendakan raja-raja Melayu sebagai remeh adalah satu penghinaan kepada institusi beraja di negara ini.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Abdul Khalid itu memperlihatkan wajah sebenar pemimpin pakatan pembangkang yang selama ini suka bersandiwara dalam isu mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.
Menurutnya, kenyataan Abdul Khalid yang menyatakan isu tersebut sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik tidak boleh diterima memandangkan perkara berkenaan melibatkan soal maruah dan kedaulatan institusi raja seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
''Hasrat beliau yang bersedia menghadap Yang di-Pertuan Agong sebenarnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu sebenar," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment