My Add

Friday 20 April 2012

Pas dicabar biayai 9 pelajar ditarik balik pinjaman di Mesir

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 19 April, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mencabar pemimpin Pas membiayai pengajian sembilan pelajar di Mesir yang ditarik balik pinjaman kewangan mereka oleh Yayasan Terengganu.

Katanya, Pas perlu mengambil alih tanggungjawab itu kerana menghasut pelajar bertindak mengingkari perjanjian apabila membabitkan diri dengan kegiatan negatif yang menjejaskan kepentingan negara serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

"Saya cabar Pas membiayai pengajian pelajar ini sebab Pas menjadi punca kepada mereka terlibat dalam demonstrasi.

"Saya lihat Pas hanya kutip derma ketika dekat dengan pilihan raya. Sekarang, ambillah tanggungjawab membiayai pengajian pelajar yang tertangguh itu.

"Bahagi-bahagilah (pembiayaan). Pas berapa orang (pelajar), Parti Keadilan Rakyat pula berapa orang. Tanggunglah," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman, semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment