My Add

Friday 20 April 2012

Yen Yen terima surat ugutan

PULAU PINANG, KHAMIS, 19 April, 2012: Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen mendedahkan beliau menjadi mangsa ugutan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghalangnya daripada turun padang bertemu rakyat.

Menurut Yen Yen, ugutan itu diterima menerusi sepucuk surat layang berbaur ancaman yang turut diselitkan dengan wang kertas yang biasa digunakan masyarakat Cina dan dikirimkan ke pejabatnya di Kuala Lumpur, Isnin lalu.

"Pemandu peribadi saya juga ada menerima ugutan supaya tidak membawa saya ke sebuah majlis bertemu rakyat di Gopeng, baru-baru ini," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Makan Malam 1Malaysia, di sini malam tadi.

Begitupun Yen Yen menegaskan, beliau tidak gentar dengan sebarang ugutan yang diterima dan beranggapan ia dilakukan oleh pihak yang takut dengan usahanya mendekati rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment