My Add

Sunday 1 April 2012

Saya akan dedah buktinya - Zambry Kadir

LENGGONG, SABTU, 31 Mac, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini menyahut cabaran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mendedahkan dokumen sulit kerajaan negeri bagi membuktikan bekas Menteri Besar itu berbohong apabila menyatakan tidak bersetuju projek Vale dilaksanakan di Teluk Rubiah, Lumut.

Menurut Zambry, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu sepatutnya menyedari bahawa beliau tidak akan membuat kenyataan terbuka mengenai perkara tersebut sekiranya tidak mempunyai bukti-bukti di tangan.

"Jadi, oleh kerana beliau (Mohammad Nizar) mencabar saya dan minta saya kemukakan bukti-bukti bagaimana beliau menghantar surat memaklumkan perbincangan di antara pihak syarikat tuan punya tanah di Teluk Rubiah dan syarikat Vale adalah dalam pengetahuan beliau," tegasnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment