My Add

Monday 23 April 2012

Penyokong tidak celik undang-undang

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 April, 2012: Sokongan diberikan pihak tertentu terhadap agenda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) boleh diumpamakan seperti membantu proses perlanggaran undang-undang negara.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abdul Rahim Sinwan berkata, gaya hidup golongan LGBT adalah bercanggah dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Setiap perkara yang kita lakukan seharusnya selaras dengan ajaran agama Islam dan berada dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan.

"Namun, penyokong agenda LGBT mungkin tidak celik undang-undang sehingga menyebabkan mereka menganggap gaya hidup songsang itu sebagai perkara biasa," katanya.

Abdul Rahim berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Tuntutan LGBT: Di Manakah Percanggahannya Di Bawah Perlembagaan Persekutuan pada s Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Antarabangsa di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment