My Add

Monday 23 April 2012

Semua pihak wajib bangkit menentang fahaman songsang

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 April, 2012: Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam wajib bangkit menentang kelompok politik yang menyokong agenda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa berkata, kegagalan berbuat demikian boleh mengundang malapetaka yang besar terhadap umat Islam sekiranya parti politik yang menyokong golongan LGBT diberi mandat untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, menurutnya, mana-mana NGO yang mengetengahkan masalah atau ancaman terhadap umat Islam sering dilabel oleh pihak pembangkang sebagai pendukung agenda parti pemerintah.

"Betapa bodohnya tindakan segelintir pihak yang cuba menutup isu LGBT dengan menuduh NGO yang bangkit bersuara sebagai penyokong UMNO," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment