My Add

Friday 27 April 2012

PVTM kesal pembangkang heret tentera

PUTRAJAYA, KHAMIS, 26 April, 2012: Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mahu pemimpin parti pembangkang berhenti melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas serta mengheret Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke dalam isu politik.

Ketua Penerangannya, Mohd. Jurit Ramli turut mengingatkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin Pas yang lain bahawa perbuatan memfitnah dan berbohong adalah dosa yang perlu dielakkan.

“Ini bukan kali pertama pemimpin pembangkang cuba mengaitkan tentera dalam isu-isu politik. Dalam propaganda pembangkang mengenai pelan peralihan kuasa 16 September umpamanya, mereka juga menjaja nama tentera.

“Tindakan Mohammad Nizar bukan sahaja menghina tentera malahan mewujudkan rasa tidak tenteram dalam kalangan rakyat apabila beliau cuba menggambarkan rampasan kuasa boleh berlaku di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment