My Add

Tuesday 10 April 2012

Rang undang-undang ganti ISA dibentangkan

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) bagi tujuan mengawal keselamatan dan ketenteraman awam bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

Ia dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz untuk bacaan kali pertama.

Menerusi peruntukan akta yang bertujuan mengawal ketenteraman awam daripada pengganas, sabotaj dan pengintipan, polis diberi kuasa menahan suspek selama 28 hari selain peruntukan menjelaskan secara khusus seseorang tidak boleh ditahan atas alasan politik atau fahaman politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua bagi dibahaskan minggu depan. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment