My Add

Tuesday 10 April 2012

Stok minyak sawit turun, pengeluaran dan eksport naik

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Stok minyak sawit turun 4.99 peratus pada Mac kepada 1.959 juta tan metrik berbanding 2.062 juta tan metrik yang dicatatkan pada Februari, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). 

Stok minyak sawit mentah (MSM) menyumbang 981,618 tan metrik semasa bulan itu manakala minyak sawit diproses menyumbang baki 977,622 tan metrik.

Pengeluaran naik 2.13 peratus kepada 1.211 juta tan metrik berbanding 1.185 juta tan metrik pada Februari, kata Lembaga itu dalam satu kenyataan.

Pengeluaran isirung sawit meningkat 1.87 peratus kepada 313,932 tan metrik daripada 308,165 tan metrik pada Februari manakala pengeluaran minyak isirung sawit mentah turun 1.36 peratus kepada 152,038 tan metrik daripada 154,129 tan metrik yang dicatatkan bulan sebelumnya. 

Sementara itu, eksport minyak sawit pada Mac meningkat 10.84 peratus kepada 1.342 juta tan metrik berbanding 1.211 juta tan metrik pada bulan sebelumnya. 

Eksport oleokimia naik 11.51 peratus kepada 238,482 tan metrik manakala minyak isirung sawit meningkat kepada 88,187 tan metrik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment