My Add

Saturday 7 April 2012

Reman suspek kes dera amah disambung seminggu lagi

BUKIT MERTAJAM, SABTU, 07 April, 2012: Polis menyambung reman ke atas lima orang termasuk dua wanita yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang amah warganegara Kemboja yang ditemui mati dipercayai didera majikannya di Taman Asas Murni di sini, Sabtu lalu. 

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata pasangan suami isteri dan tiga pekerjanya yang tamat reman hari ini disambung reman seminggu lagi bagi melengkapkan siasatan.

 "Pasangan suami isteri dan tiga pekerja kedai menjual alat pertukangan berusia 30 hingga 40 tahun itu kini disambung reman bagi kita melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Kor Kadet Polis ke-42 di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sabtu lalu polis menemui mayat Mey Sichan, 24, di atas sebuah katil dalam sebuah stor barang di premis berkenaan. 

Siasatan awal polis turut menemui beberapa kesan calar di bahagian belakang badan selain luka di telinga dan kaki mangsa serta lebam di badannya. 

Berat badan mangsa didapati susut mendadak daripada berat badan normal kepada 26 kilogram kerana dipercayai tidak diberi makan oleh majikannya. 

Disamping itu hasil bedah siasat juga menunjukkan mangsa mengalami ulser dan usus perutnya pecah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment