My Add

Friday 27 April 2012

SPR tidak ubah sempadan tapi perbetulkan lokaliti: Abdul Aziz

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
PUTRAJAYA, JUMAAT, 27 April, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah melakukan perubahan terhadap sempadan kawasan pilihan raya, tetapi hanya membetulkan lokaliti pemilih yang tersalah letak sebelum ini. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR menyedari kedudukan beberapa lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas penggunaan Sistem EGIS (Sistem Maklumat Geografi Pemilih) pada 2004.

"Oleh kerana kedudukan lokaliti berkenaan tersalah letak maka selaras peruntukan undang-undang, SPR perlu membetulkan kedudukan lokaliti terbabit di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam lokaliti berkenaan didaftarkan," katanya.

Beliau menjawab dakwaan bahawa SPR sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13. 

Jawapan itu terkandung di dalam buku yang dikeluarkan SPR bertajuk 'Fakta Sebenar Di sebalik Dakwaan dan Fitnah Terhadap SPR' dan diedarkan kepada media bagi menjawab 12 dakwaan pihak tertentu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment