My Add

Friday, 6 April 2012

Sudah tiba masa rakyat Kelantan beri mandat kepada BN

KOTA BHARU, JUMAAT, 06 April, 2012: Sudah tiba masanya rakyat Kelantan melakukan perubahan besar kepada kemajuan negeri dengan memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata walaupun penduduk Kelantan memberi tempoh 22 tahun kepada PAS untuk memerintah negeri itu namum tidak banyak kemajuan dicapai di negeri itu. PAS memerintah kerajaan negeri Kelantan sejak PRU pada 1990.

"Keputusan yang silap jika terus beri mandat kepada pemimpin PAS memerintah kerana mereka akan terus tidak menunaikan janji," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu siaran langsung Radio Malaysia Kelantanfm di Wakaf Che Yeh, di sini, hari ini. 

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kerajaan BN sudah terbukti dengan kemampuannya membangun serta memajukan negara dan tidak mustahil Kelantan boleh dimajukan setanding dengan negeri lain. 

Beliau meminta rakyat Kelantan memberi sokongan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi membawa perubahan besar di negeri itu pada PRU ke-13. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment