MIRI, AHAD, 08 April, 2012: Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) diingatkan supaya mengutamakan keselamatan pesakit dan mematuhi etika yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, setakat ini dianggarkan 15,000 pengamal TCM di seluruh negara dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat.
``Saya menyeru pengamal TCM agar bersikap jujur dan profesional dengan merujuk pesakit yang dirawat kepada doktor sekiranya penyakit yang dihidapi bukan dalam bidang kemahiran. Mereka juga diingatkan supaya tidak memandang ringan keselamatan pesakit.
``Bagi yang menjadikan TCM ini sebagai kerjaya pula, mereka harus mengikuti kursus atau latihan yang dikendalikan oleh yang arif dan pakar di samping latihan berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan,'' katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran TCM di sini semalam. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment