My Add

Wednesday 5 October 2011

Muhyiddin akui negara pernah dijajah dalam konteks berbeza

KUALA LUMPUR:Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan bahawa negara pernah dijajah di bawah pengaruh British namun dalam konsep yang berbeza.

"Dulu British beri nasihat kepada raja... dalam konteks ini (istilah) 'the advice of commissionor must be accepted' makna walaupun mereka (raja) ada tapi tidak bebas dan terpaksa ikut nasihat British," katanya ketika menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Wakil pembangkang itu ingin tahu sama ada negara pernah dijajah kerana menurutnya pada zaman penjajahan, Sultan dan Raja masih wujud dan menurutnya fakta sejarah ini banyak mengelirukan orang ramai terutamanya pelajar sekolah.

Muhyiddin berkata, atas konsep itu, perjuangan memerdekakan negara adalah perlu dan sumbangan pejuang seperti Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak boleh diketepikan. - Bernama

Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (empat dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Parlimen dari kiri, Datuk Seri S Subramaniam, Tan Sri Ong Ka Ting, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang pada sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih bagi Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya di Parlimen, semalam - Foto Rosdan Wahid

No comments:

Post a Comment