My Add

Sunday 27 November 2011

Askar Wataniah di Felda

LENGGONG, AHAD, 27 November, 2011: KEMENTERIAN Pertahanan akan menubuhkan pasukan Askar Wataniah (AW) di kawasan Felda di seluruh negara tahun depan.

ANI AWANG melaporkan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi kedua dan ketiga Felda.

Katanya, usaha itu sedang dijalankan dengan kerjasama Pasukan Simpanan Tentera Darat, Ibu Pejabat Felda dan Pengurus Wilayah Felda.

"Kita mengenal pasti mereka yang layak dengan sekurang-kurangnya 120 orang menyertai AW di setiap kawasan Felda," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kompeni AW bagi Parlimen Bukit Gantang dan Parit Buntar di Padang Astaka Bunga Raya, di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata, penubuhan pasukan AW yang disertai oleh semua kaum termasuk kaum India dan Cina mampu menterjemahkan semangat patriotisme di kalangan rakyat negeri itu.

"Kita mempunyai matlamat untuk menaikkan nisbah seorang AW bagi setiap anggota tetap menjelang 2020," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyampaikan cek insurans berjumlah RM128,000 kepada keluarga Allahyarham Mohammad Nasrullah Mohammad Nazri, bakal pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang meninggal dunia pada 15 Mei lalu.

Allahyarham Mohammad Nasrullah sepatutnya menjalani latihan di PLKN Kem Tegas Mesra, Selama, Perak pada 17 Mei.

Bapanya, Mohammad Nazri Ayub, 48, berkata, anaknya meninggal dunia semasa tidur akibat dipatuk ular di rumahnya di Kampung Ketior, Kuala Kangsar. - Mingguan Malaysia

No comments:

Post a Comment