My Add

Friday 25 November 2011

GWGF, Utusan mahu wujud kerjasama erat

HASSAN Mohd. Noor (duduk) memberi penerangan kepada Abdullah Abu Bakar (tengah) dan rombongan GWGF yang melawat pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 November, 2011: 
GABUNGAN Wawasan Generasi Felda (GWGF) berharap kerjasama dan hubungan lebih erat dapat dijalinkan dengan Utusan Malaysia dalam usaha untuk menarik serta mendekati warga Felda di seluruh negara.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, langkah itu perlu agar misi yang digariskan gabungannya untuk menjadi ejen perubahan kepada seluruh warga Felda dapat dicapai.

"Kita yakin perhubungan yang telah terjalin ini akan menjadi lebih rapat dan akrab pada masa hadapan memandangkan pihak Utusan Malaysia sentiasa memberikan kerjasama yang baik.

"Diharap selepas ini Utusan dan GWGF dapat mengadakan aktiviti secara bersama," katanya ketika mengadakan lawatan bersama kira-kira 25 ahli dan kakitangan gabungan itu ke pejabatUtusan Malaysia, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasinya, Kamarulzaman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan; Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor dan Pengarang Berita Kanan, Zulkefli Hamzah.

Abdullah berkata, pihaknya berharap selepas ini sebaran maklumat mengenai GWGF akan lebih mudah untuk disalurkan kepada warga Felda.

No comments:

Post a Comment