My Add

Friday 25 November 2011

Rantaian manusia 355km direalisasi melalui Ziarah for Peace

KUALA LUMPUR, umaat, 25 November, 2011:
RAKYAT dijemput menyertai Majlis Pelancaran Ziarah for Peace melalui kaedah rantaian manusia bermula daripada Changkat Jering ke Putrajaya sejauh 355 kilometer pada tahun depan.

Pengasas dan Pengerusi Ziarah for Peace, Mohd. Zamri Mohd. Noordin berkata, projek itu akan melibatkan wakil-wakil pihak Persatuan Pendidik Antarabangsa Bagi Keamanan Dunia (IAEWP) seluruh dunia.

"Rantaian manusia ini bakal membuktikan pada dunia bahawa kita mampu bersatu atas sebuah landasan keamanan bagi menzahirkan 'Keamanan untuk semua dan Dunia untuk semua'.

"Ia akan direkod sebagai rantaian untuk keamanan yang terpanjang di dunia dengan anggaran penglibatan 1.5 juta orang seterusnya ke arah memartabatkan Malaysia sebagai destinasi keamanan," katanya.

Beliau beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Pelancaran Portal Ziarah for Peace (www.ziarah.org.my) di sini, semalam.

Portal tersebut adalah sebagai usaha untuk menyemarakkan amalan ziarah dan memberi kesedaran kepada semua tentang hikmah besar yang terselindung.

Amalan itu kini dilihat semakin berkurangan kerana kecanggihan teknologi makulmat dan manusia yang lebih gemar mengambil jalan mudah dengan sekadar bertanya khabar melalui alat komunikasi yang sedia ada.

Tambahnya, IAEWP yang merupakan pertubuhan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Misi Keamanan Dunia telah memberi pengiktirafan tertinggi dan mengangkat projek ziarah sebagai sebuah projek yang mempunyai kesan jangka panjang untuk dilaksanakan.

"Projek ziarah juga telah dibangunkan dengan teras yang kukuh dan bersistematik serta mempunyai visi, misi, nilai-nilai dan strategi termasuk sembilan prinsip yang berupaya memartabatkan Malaysia sebagai Destinasi Keamanan Dunia melalui cetusan Ziarah for Peace.

Sembilan prinsip itu diperkenalkan sebagai Formula 1-2-6 untuk dijadikan ingatan dan panduan kepada masyarakat dunia iaitu ikhlas, prihatin, tanggungjawab, kasih sayang, kesyukuran, penyatuan, kedamaian, ilmu dan kesuburan benih ekonomi," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Zamri menjelaskan, ziarah bukannya perkataan keagamaan tetapi ia lahir daripada bahasa Arab iaitu zirayat yang mana kaedah mendekati itu mendorong masyarakat untuk mengenali dan memahami seseorang dengan lebih dekat seterusnya menciptakan sebuah hubungan.

"Amalan ziarah bagi setiap manusia tidak terbatas kepada ziarah makam, kubur, pesakit mahupun meninggal, namun ia boleh diamalkan dalam suasana keceriaan bagi menzahirkan pertemuan. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment