My Add

Saturday 26 November 2011

Hasil padi: Kementerian pertanian jamin bayar tunggakan

TANJONG KARANG. SABTU, 26 November, 2011:
KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini memberi jaminan akan menjelaskan tunggakan pembayaran insentif peningkatan hasil padi kepada pesawah.

Menteri kementerian berkenaan, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan telah melulus peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta baru-baru ini untuk dibayar kepada pesawah yang belum menerima insentif itu.

“Kementerian tidak dapat membayar insentif peningkatan hasil padi kepada semua petani yang berjaya meningkatkan hasil. Sebab itulah laporan audit menyatakan kementerian tertunggak bayaran sejumlah RM110 juta kepada petani terbabit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran penuaian padi musim 11/2011 bagi kawasan Parlimen Tanjong Karang, di sini hari ini.

Noh diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 bahawa kementerian itu masih belum membayar RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah di bawah Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sejak 2007.

Insentif itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri mereka. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment