My Add

Saturday 26 November 2011

TNB di tangga ketiga di kalangan utiliti elektrik di Asia

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 November, 2011: TENAGA Nasional Bhd (TNB) menduduki tempat ketiga di kalangan utiliti elektrik di Asia dalam Ranking 250 Syarikat Tenaga Global Terkemuka Platts untuk tahun 2011.

Di kalangan utiliti elektrik global, syarikat tenaga negara itu berada di tempat ke-25 dalam ranking terbaru oleh Platts, penyedia global terkemuka untuk maklumat tenaga, petrokimia dan logam.

Selain itu, TNB berada di tangga ke-20 secara keseluruhan di Asia dan ke-90 dalam prestasi global keseluruhan.

Ranking tahunan ini adalah berdasarkan kepada prestasi kewangan dalam empat bidang utama – jumlah aset, pendapatan, keuntungan dan pulangan ke atas modal dilabur (ROIC).

Kesemua syarikat dalam senarai mempunyai aset melebihi AS$3.5 bilion (RM11.13 bilion).

"Rangking terbaru ini adalah pengiktirafan kepada komitmen dan ketekunan dalam memberi perkhidmatan yang lebih kepada pengguna menerusi penambahbaikan dalam kecekapan dan produktiviti,” kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment