My Add

Saturday 26 November 2011

Kawasan tetap untuk usahawan bumiputera di PP diwujudkan

BUTTERWORTH, SABTU, 26 November, 2011: 
RANCANGAN Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan kawasan perniagaan tetap untuk usahawan bumiputera di negeri ini menjual produk mereka kini di peringkat akhir kajian dan dijadual mula beroperasi Jun tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang, Muhammad Farid Saad berkata, kawasan perniagaan itu telah dikenal pasti iaitu di Kubang Menerong, Kepala Batas dekat sini.

"Mengikut perancangan kawasan perniagaan yang mampu memuatkan kira-kira 350 peniaga itu dijangka akan mula beroperasi pada Jun tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia di sini malam tadi.

Beliau mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Muhammad Farid berkata, sebelum ini usahawan bumiputera berniaga produk mereka secara bermusim di Tapak Ekspo Seberang Jaya dan berikutan terdapat beberapa masalah, kemudiannya terpaksa dipindahkan ke Dewan Millenium, Kepala Batas.

"Dengan adanya tapak baru itu nanti, bukan sahaja kita boleh mengadakan ekspo di tapak yang tetap tetapi juga mewujudkan satu tempat kepada kira-kira 350 usahawan untuk berniaga secara berterusan,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment