My Add

Saturday 26 November 2011

Kelab UMNO Luar Negara perlu jadi pasukan pertama bantu

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 November, 2011:
KELAB UMNO Luar Negara (KULN), yang mempunyai rangkaian yang luas di luar negara, perlu menjadi pasukan pertama tiba membantu rakyat Malaysia di luar negara yang memerlukan bantuan tanpa mengira latar belakang, kata Pengerusi KULN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, kelab itu yang kini mempunyai 74 cawangan di seluruh dunia perlu menggunakan kelebihan rangkaian mereka membantu rakyat Malaysia dengan lebih pantas.

"Rangkaian mereka dari segi menghubungi pelajar satu dunia lebih kuat, kerajaan pun tak dapat mengatasinya.

“Maknanya, kerajaan ada jabatan penuntut misalnya di United Kingdom mungkin hanya dua atau tiga (orang)... manakala sistem kedutaan hanya wujud di ibu kota.

"Tapi KULN ada 74 di satu dunia, di bandar-bandar kecil pun ada, sekecil-kecil St Petersburg (Rusia) pun ada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kursus kepimpinan dua hari KULN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, kelab itu kini tidak lagi dilihat sebagai satu agenda politik tetapi sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang paling berkesan sekali merangkaikan pelajar-pelajar Malaysia di seluruh dunia. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment