My Add

Saturday 26 November 2011

UMNO terus jadi ruang bicara bagi bincang masalah besar

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 November, 2011:
UMNO akan terus menjadi ruang bicara bagi rakyat membincangkan perkara besar dan serius untuk kebaikan negara, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Sebagai sebuah parti yang telah bertapak lebih 60 tahun dan menerajui pelbagai bidang serta berjaya memartabatkan agama, bangsa dan negara, beliau berkata, UMNO akan terus menganjurkan pelbagai forum dan seminar ilmiah bagi membolehkan rakyat menyuarakan pandangan mereka.

"UMNO akan terus berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. UMNO selaku tonggak dalam Barisan Nasional (BN) akan terus melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya dalam ucapan alu-aluannya pada seminar kebangsaan Pemahaman Wasatiyah dan 1Malaysia yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, beliau gembira kerana program anjuran UMNO itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak.

“Lebih 1,200 peserta hadir daripada pelbagai kumpulan masyarakat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), cendekiawan, agensi kerajaan dan juga daripada belia,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment