My Add

Thursday 3 November 2011

MCA lapor polis: Ibu pejabat disimbah cat merah

KHAMIS, 03 November, 2011: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengarahkan pihak pentadbiran parti itu membuat laporan polis berhubung insiden simbahan cat merah di pintu depan ibu pejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hari ini.

Bernama melaporkan, walaupun wujud spekulasi ia ada kaitan dengan penolakan parti itu terhadap pelaksanaan hukum Hudud, Dr Soi Lek berkata, beliau tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Kita berharap polis dapat menyiasat dan ada berbagai-bagai spekulasi. Ada orang menyatakan ia kerana MCA telah menentang Pas dalam pelaksanaan Hudud.

"Adakah ia berhubung kait dengan Pas, kita tidak tahu. Saya tidak menyatakan ia ada hubung kait dengan Pas,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Forum Dunia Ekonomi China Ketiga di Seri Kembangan, hari ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dihadiri peserta dari lebih 30 negara mewakili benua Eropah, Asia, Afrika serta Australia.

Kesal dengan kejadian itu, Dr Soi Lek berkata, setiap parti politik di negara ini boleh mempunyai perbezaan pendapat tetapi tidak seharusnya melakukan sesuatu tindakan atau perbuatan yang melanggar undang-undang.

No comments:

Post a Comment