My Add

Thursday 3 November 2011

Mekanisme akan diwujudkan bagi tangani jenayah siber

KHAMIS, 03 November, 2011: Persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan satu mekanisme jaringan antarabangsa yang jitu bagi menangani masalah jenayah siber.

Dari London, Bernama melaporkan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, persetujuan itu dicapai dalam Persidangan London mengenai Ruang Maya selama dua hari yang berakhir semalam.

"Rumusannya ialah kerjasama dan jaringan antarabangsa antara negara di seluruh dunia perlu wujud dan mekanismenya akan ditentukan dalam urusan rasmi yang lain.

"Jadi dengan itu, dapat dirumuskan bahawa persidangan ini telah membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa,” katanya selepas menghadiri persidangan berkenaan, semalam.

Seramai kira-kira 700 peserta menghadiri persidangan, yang terdiri daripada kalangan pemain utama ruang maya dari seluruh dunia termasuk daripada kerajaan, industri dan masyarakat sivil. 

No comments:

Post a Comment