My Add

Thursday, 3 November 2011

Permohonan Utusan batal saman Mat Sabu didengar 23 Nov

Oleh NORAZLITA MOHD SIES

KHAMIS, 03 November, 2011: Permohonan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Bhd. untuk membatalkan saman fitnah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 November ini.

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberitahu pemberita, tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk John Louis O’Hara di kamar beliau ketika pengurusan kes itu hari ini.

Menurut Hafarizam, pihaknya memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut pada 27 Ogos lalu atas alasan pernyataan tuntutan Mohamad bertarikh 14 September lalu mengaibkan, remeh, menyusahkan selain suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 September lalu.

Mohamad mendakwa pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah. 

No comments:

Post a Comment